Warisan budaya Libya Pergunungan Akakus

Semasa pemerintahan Muammar Gaddafi dari tahun 1969 sehingga 2011, Jabatan Antikuiti telah terabai. Sejak tahun 2005, pencariaan petroleum di bawah tanah telah menyebabkan seni batu dalam bahaya. Penukul seismik telah digunakan untuk menghantar gelombang kejutan di bawah tanah untuk mencari deposit minyak, dan telah memberi kesan ke atas batu-batru berdekatan termasuk satu yang menempatkan seni batu Tadrart Akakus.[6] Kecurian artifak purba pula mencapai tahap krisis.[7] Warisan budaya Libya telah dirampas dan antikuitinya telah dirompak. Untuk itu, UNESCO terpanggil untuk mengadakan sebuah kempen kesedaran yang besar, untuk meningkatkan kesedaran terhadap warisan budaya dan arkeologi Libya dan untuk menyedarkan rakyat Libya bahawa warisan mereka sedang "dirompak oleh pencuri dan dimusnahkan oleh pemaju."[8]

Pada tahun 2012, usaha telah dilakukan dengan melatih kakitangan menerusi sebuah projek UNESCO bernilai $2.26 juta, bersama kerajaan Libya dan Itali. Projek tersebut termasuklah pemuliharaan, pelindungan dan pendidikan. Selain Tadrat Akakus, Libya mempunyai empat lagi Tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu Cyrene, Leptis Magna, Sabratha dan Ghadames.[9] UNESCO menasihatikan bahawa "sebuah pusat sepatutnya diwujudkan di Ghat atau Uweynat untuk melatih kakitangan untuk melindungi dan menguruskan harta benda dan menjadi muzium tuan rumah yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran."[10]

Vandalisme

Laporan UNESCO dari tahun 2011, 2012 dan 2013 menunjukkan sekurang-kurangnya sepuluh kawasan seni batu telah menjadi sasaran pemusnahan yang sengaja dan besar sejak sekurang-kurangnya April 2009.[11] Kekaburan sekitar sempadan harta benda Tapak Warisan Dunia dan kurang pemahaman penduduk tempatan mengenai nilai budaya telah menjadi faktor berlakunya vandalisme. Konflik di kawasan ini sekitar 2011 turut menjadi punca peningkatan vandalisme.[10]

Pada Mei 2013, UNESCO menjalankan misi teknikal untuk menilai keadaan pemuliharaan kawasan Tadrart Akakus dan untuk "membina rancangan strategik untuk menguatkuasakan perlindungan dan pengurusan kandungan budaya dan semulajadi yang unik ini."[12]

Pada 14 April 2014, dua jenis vandalisme dilaporkan iaitu mengukir nama pada seni batu purba dan penggunaan bahan kimia untuk menanggalkan lukisan pada batu.[13] Pada 20 April 2014, wartawan khas dari Peranics, Jacques-Marie Bourget telah dimaklumkan oleh seorang wartawan tempatan dari Ghat, Libya, Aziz Al-Hachi, bahawa seni batu di Tapak Sejarah Dunia UNESCO telah dimusnahkan dengan tukul yang besar dan berus gosok.[14][15]

Rujukan

WikiPedia: Pergunungan Akakus http://www.algerie1.com/international-2/libye-les-... http://ewpnet.com/libya/akakus.htm http://www.ewpnet.com/libya/acacus/index.htm http://observers.france24.com/content/20140414-gra... http://www.libya-businessnews.com/2012/12/07/unesc... http://www.libyaherald.com/2012/12/23/libyan-archa... http://www.libyaherald.com/2013/09/25/unesco-train... http://looklex.com/libya/acacus.htm http://mondafrique.com/lire/decryptages/2014/04/20... http://www.acacus.it/eng/index.htm